TIPS Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112)
Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) pada 12 Januari 2013
di Stadium Merdeka, KL adalah demonstrasi
untuk menunjukkan rasa tidakpuas hati terhadap kerajaan Malaysia. Anda boleh menyertainya sekiranya mempunyai sebab-sebab berikut:
-
a) BERSIH, untuk pilihanraya
yang bersih dan adil, T-SHIRT KUNING.
b) ROYALTI, untuk menuntut Royalti Petroleum bagi negeri-negeri
pengeluar hasil petroleum, T-SHIRT MERAH (Kelantan) dan HITAM (Terengganu).
c) ANTI-LYNAS, untuk menghalang pembinaan
loji nadir bumi di
Gebeng, Kuantan . T-SHIRT HIJAU.
d) ANTI FELDA GLOBAL VENTURES/ Himpunan Oren, bantahan penyenaraian
FGV. T-SHIRT OREN.
Mana-mana pilihan warna t-shirt yang anda pakai, diingatkan
bahawa kita berada
di sana dalam keadaan aman dan
hanya untuk menunjukkan
bantahan. Jika anda
menyertai #KL112 di
Stadium Merdeka dan di kawasan sekitarnya, sila bersedia bagi sebarang kemungkinan yang buruk dan kita
harapkan yang terbaik untuk semua. Sila bersedia untuk pemeriksaan badan di stesen
pengangkutan awam, sekatan jalan,
penangkapan atau dipukul oleh polis atau DBKL,
gas pemedih mata, pancutan air, kegagalan rangkaian telekomunikasi
(telefon bimbit), penutupan sistem
pengangkutan awam, penutupan jalan
dan sebagainya. Harapan
saya adalah bahawa semua akan berada dalam situasi yang aman dan dalam semangat yang
membara dan tidak
seorang pun daripada kita yang akan
ditangkap. Saya sudah bersedia kerana saya telah
menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 dan 3.0
Sekiranya saya terlepas apa-apa, sila tambah apa yang difikirkan perlu.
Sebarang persoalan, boleh berhubung dengan lebih lanjut.
APA YANG PERLU DI BAWA
• Kad Pengenalan.
• Wang Tunai - antara RM50 hingga RM100.
• Garam dalam paket kecil - untuk meneutralkan kesan
gas pemedih mata dan untuk mengelakkan diri anda dari kesesakan nafas. Jika tiada, jangan khuatir ramai yang akan berkongsi dengan anda.
• Tuala atau kain
- dalam kes disembur dengan bahan kimia.
• Pen dan Buku
Nota - untuk mencatat nama anggota polis dan
nombor ID, dan soalan yang ditanya
oleh pihak polis jika ditangkap. (Semasa BERSIH
3.0 tag nama mereka
dibuang).
• Kamera, Kamera Video, Telefon Pintar – disarankan
menggunakan bekas/sarung kalis air.
• Satu botol air minuman atau minuman isotonik. Tambahan
juga diperlukan untuk menyuci kesan bahan kimia dalam Meriam air (Water Cannon).
• Beberapa bar coklat - untuk membekalkan
tenaga.
• Keperluan perubatan peribadi - inhaler,
ubat kencing manis, dan lain-lain ubat insulin.
Walau bagaimanapun jika anda tidak sihat, disarankan tidak
menyertai perhimpunan ini.
• Beberapa bantuan asas seperti plaster.
• Bawalah beberapa belon yang
berkaitan untuk mewujudkan suasana karnival.
APA YANG TIDAK PERLU DIBAWA
• Barang Kemas - Tinggalkan Jam Rolex (Jam yang berharga) dan barang
kemas berharga anda di rumah.
• Wallet atau dompet
- gulungkan wang anda
dan IC anda dengan
getah dan simpan
di dalam poket depan anda.
• Objek tajam atau berbahaya (seperti pisau, parang, pistol dll)
APA YANG ANDA PERLU PAKAI
• Topi, untuk menghalang pancaran sinaran matahari.
• Sunglasses / Cermin mata gelap (Rayban).
• T-shirt warna pilihan
anda (Kuning, Hijau, Oren, Hitam, Merah).
• Kasut Sport sebaik-baiknya.
APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN
• Maklumkan kepada seseorang yang terdekat yang anda akan menyertai Himpunan #KL112 - ahli keluarga atau
rakan-rakan.
• Jika Stadium Merdeka penuh (Kapasiti Stadium hanya
muat 30,000 orang sahaja), anda boleh memenuhi sepanjang jalan ke stadium.
• Gunakan pengangkutan awam seperti
bas, keretapi, LRT, monorel kerana kemungkinan jalan ke kawasan perhimpunan
#KL112 telah ditutup. Jika anda memandu,
anda mungkin perlu untuk berjalan 2 kilometer
atau lebih (lebih menyusahkan anda sahaja).
• Berpakat dengan kawan-kawan ke himpunan #KL112 dengan menaiki
bas, keretapi, LRT, monorel: kerja
berpasukan mungkin diperlukan untuk sebarang bantuan dan
tips.
• Pergi dalam satu kumpulan. Tentukan titik pertemuan yang dikenali jika anda
sesat. Talian telefon mudah alih mungkin akan
tergendala. Yang terbaik adalah untuk kekal berkumpulan.
• Ikut arahan; mengenalpasti ketua anda, seperti Unit
Amal PAS yang baju
lengan panjang merah.
• Jangan berlari. Saya mendapat tip ini
daripada seorang anggota polis. Saya
berlari-lari ketika untuk mengambil gambar dan seorang polis menegur saya yang
risiko ditangkap adalah rendah jika anda hanya berjalan.
• Jauhi dari FRU. Akan ada sekumpulan orang-orang yang akan
melambatkan pergerakan FRU.
Sila jauhkan diri.
• Anggarkan jarak yang baik antara
diri anda dan gas pemedih mata FRU.
• Trak FRU akan
bergerak perlahan-lahan supaya anda
mempunyai masa untuk mengelakkan
meriam air. Sesetengah orang hanya
suka disembur tetapi
saya cuba menjauhkan diri.
APA YANG ANDA TIDAK PERLU LAKUKAN
• JANGAN membuat provokasi terhadapPOLIS
atau DBKL atau
lebih teruk lagi FRU ...
• Perkara terburuk yang boleh berlaku ialah anda mungkin
ditangkap. Peguam sudah bersedia
di balai polis untuk membantu
anda.
• Anda boleh dipukul semasa proses tersebut. Yang terbaik ELAKKAN diri anda ditangkap.
• Jangan membuang sampah merata-rata.
Belum ada Baju??? boleh dapatkan dari GEDUNG RAKYAT....
.